14 Apr 2025

500 PACK AR DODOL TELAH DIHASILKAN!

ALHAMDULILLAH, 500 PACK AR Dodol Senawang TELAH DIHASILKAN!

Bersamaan 500kg Dodol Premium dan masakan Live Sepanjang Musim Perayaan Ini!

Musim perayaan ini, AR Food dengan produk AR Dodol Senawang telah berjaya menghasilkan sebanyak 500 pack Dodol Premium, menandakan satu lagi kejayaan besar buat kami yang terus berjuang membawa produk tradisi ke tahap yang lebih tinggi.

Sambutan sangat menggalakkan!
Setiap pek adalah hasil tangan anak tempatan yang dibimbing secara langsung di bawah program Bimbingan RISDA Daerah Negeri Sembilan Barat — dengan penekanan pada kualiti, keaslian dan status HALAL dari yang kini rasmi.

AR Dodol bukan sekadar dodol.
Ia lambang ketekunan, warisan, dan evolusi produk tradisi ke arah pasaran moden. Kami terus berusaha menambah nilai — bukan sahaja pada rasa, tetapi pada sistem pengeluaran, pembungkusan premium, dan kesediaan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Terima kasih atas sokongan anda.
Kami akan terus LIVE dan beroperasi sepanjang musim raya ini. Jemput rasai sendiri perbezaan Dodol AR — lemak, wangi, pekat dan tak muak. Sesuai untuk buah tangan, hadiah korporat, dan jamuan keluarga!

Resipi Tradisi, Semoga Diberkati.

#ARDodolSenawang #ARFood #RISDA #UsahawanBimbinganRISDA #ProdukHalal #ProdukPremium #DodolAsli #DodolSenawang #DodolPremium #BuatanAnakTempatan #MakananKitaTanggungjawabKita

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.