15 Ogo 2025
Dari Lautan Luas ke Banjaran Gunung – Veteran Terus Memimpin!
Dari Lautan Luas ke Banjaran Gunung – Veteran Terus Memimpin!
Alhamdulillah…
Afdal Rezeki Sdn Bhd Argrow Farm terpilih sebagai salah satu daripada 25 syarikat veteran dalam Program KEMUDI E25 – Keusahawanan Mandiri Untuk Diri & Industri anjuran Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM).
Ini bukan sekadar pemilihan. Ini adalah pengiktirafan bahawa jiwa perwira tidak pernah bersara. Selama 6 bulan akan datang, kami – bersama rakan seperjuangan – akan ditempa dalam sesi bimbingan intensif, coaching dan mentoring, untuk memindahkan disiplin, strategi, dan keberanian dari samudera raya ke medan pembangunan negara.
Hari ini, komuniti KEMUDI E25 menjadi armada ekonomi baharu – bergerak seiring, saling menyokong, membina peluang, menambah nilai pasaran, dan membuka pintu pekerjaan.
Presiden PVTLDM Hariss Ruddin mengingatkan kami semua – tiba masanya veteran berhenti dilihat sebagai meminta-meminta, dan mula diiktiraf sebagai penyelesai masalah. Ya, Kami sahut cabaran itu.
Dalam dunia perniagaan, selain modal kewangan, ikatan dan jaringan sesama usahawan adalah senjata paling bernilai. Seorang mungkin mampu bertahan, tapi bersama – kita mampu menawan pasaran.
Afdal Rezeki Sdn Bhd kekal komited bukan sekadar membina ekonomi sendiri, tetapi untuk mengukuhkan benteng makanan negara.
Kerana perjuangan tidak berhenti di medan tempur – ia diteruskan di Medan Ketahanan Makanan, demi rakyat, demi pertiwi.
Sekarang ni saya tengah dalam phase bulking — misi peralihan dari military look ke civilian look. Bukan apa… selalu orang jumpa tanya, “Bos, masih tentera ke?”
Tahun ni kita tukar uniform dari baju celoreng kepada baju batik – tapi misi tetap sama: berjuang untuk negara.
Jom belajar menternak.
#makanankitatanggungjawabkita
Komandan Birri

Berek Birri
