3 Sep 2025

Geran Agro Makanan RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah – Suntikan Modal, Suntikan Semangat!

Alhamdulillah, kami Argrow Farm Selangor hari ini menerima Geran Agro Makanan RISDA Selangor, dan lebih manis lagi, penyerahan disempurnakan sendiri oleh Yang Berhormat Pengerusi RISDA Malaysia.

Diimbas kembali, usaha dalam penternakan ini dahulu bermula seorang diri. Tanpa pengalaman, tanpa kepakaran. Yang ada hanyalah tekad, semangat dan usaha tanpa henti untuk mencari jalan kejayaan. Sepertinya dalam setiap keluarga, pasti ada seorang yang seolah-olah diamanahkan Tuhan untuk memilih jalan paling berliku – jalan yang penuh dengan ketidakpastian – semata-mata untuk meneroka, membuka ruang dan mencipta peluang buat yang lain.

Itulah jalan yang saya pilih. Dahulu, saya redah sendirian kerana haluannya kabur. Gagal berkali-kali, jatuh berulang kali. Tetapi saya percaya – berjaya itu rezeki daripada Tuhan, namun yang paling penting kita tidak pernah berhenti berusaha.

Dan hari ini, setelah jalan itu berjaya saya tembusi, saya mula memperkenalkan pula kepada keluarga tersayang. Saya tunjukkan bahawa di sebalik payahnya perjalanan ini, ada ruang dan peluang untuk kita bersama-sama usahakan.

Kini, kami adalah usahawan ternak. Sentiasa berusaha mencari rezeki. Gagalnya berkali-kali. Tapi mengalah bukan pilihan di hati. Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakal. Selebihnya diserahkan kepada Ilahi.

Dengan penuh rendah diri, saya melihat sokongan RISDA serta pengiktirafan daripada YB Pengerusi Manndzri ini sebagai bukti bahawa jalan berliku yang dahulu saya redah seorang diri kini dipercayai dan diyakini. Bukan hanya impian diatas kertas.

Syukur Alhamdulillah, inilah tanda bahawa setiap titis usaha tidak sia-sia. InshaAllah, dengan semangat yang ada, kami akan terus melangkah lebih jauh, bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi demi menyumbang kepada keselamatan makanan negara.

Dari Negeri Sembilan ke Selangor. Seterusnya?? InshaAllah kita Luaskan Kuasa di Johor

Jom belajar menternak.#makanankitatanggungjawabkita

Komandan BirriBerek Birri

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.