8 Jun 2025

HARI KEDUA KORBAN – KISAH DI LADANG SEMENYIH

HARI KEDUA KORBAN – KISAH DI LADANG SEMENYIH

Alhamdulillah…
Walau tak sempat ikut target masa, semua amanah korban untuk hari kedua dah selamat disempurnakan di Argrow Farm Semenyih. Ada permintaan untuk awalkan korban yang sepatutnya dilaksanakan esok. Atas ikhsan, kami perjuangkan

Ada yang luka sikit tangan, berjahit sana sini… tapi biasalah, bila pisau yang tajam bertemu semangat yang tak reti mengalah, itu semua sebahagian dari perjuangan.

Kami mohon maaf kalau ada kelewatan atau kekurangan dari pihak kami.
Bukan sebab tak sedia, tapi sebab kami nak jaga elok-elok – biar semuanya selamat, biar daging korban sampai dengan penuh hormat, bukan sekadar daging, tapi sebagai satu ibadah yang telah terlaksana.

Tuan-tuan & puan-puan,
korban ni bukan kerja mudah. Tapi kami anggap ni amanah besar.
Dan kami akan terus pikul amanah ni esok… dan hari-hari seterusnya.

Terima kasih sebab percaya.
Kami di Argrow Farm, insyaAllah akan terus belajar dan baiki untuk jadi lebih baik.
Kerana setiap sembelihan itu adalah saksi… siapa kita bila diuji dengan amanah.

Jom belajar menternak.
#makanankitatanggungjawabkita
Komandan Birri

Berek Birri

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.