4 Feb 2026
Kerjasama Rasmi Bersama RISDA Livestock Sdn. Bhd.
Kami bermula tanpa jaminan.
Tanpa nama besar. Tanpa laluan mudah.
Hanya Afdal Rezeki Sdn Bhd dengan jenama @argrowfarm & Berek Birri™️
, membesar perlahan dari ladang kecil — jatuh, bangun, belajar, dan terus bergerak dari ladang untuk Malaysia.
Ada hari kami melangkah bersama.
Ada hari kami berdiri sendiri, membuat keputusan yang sunyi.
Namun prinsip kami satu —
berlari bila mampu, merangkak bila perlu.
Yang penting, usaha tidak pernah berhenti.
Hari ini, satu kepercayaan besar diberikan.
Kerjasama rasmi bersama RISDA Livestock Sdn. Bhd. dimeterai.
Alhamdulillah.
Usaha kecil kami bukan sekadar diterima —
ia diyakini untuk dibangunkan bersama, secara komersial dan diskalakan.
MoU ini bukan sekadar tandatangan.
Ia bukti bahawa usaha jujur dan konsisten akhirnya akan dipandang.
Bila bersama, yang biasa inshaAllah boleh jadi luar biasa.
Dari ladang kecil, kami bina kekuatan bersama —
demi keterjaminan makanan negara.
Jom belajar menternak.
Komandan Birri™️
Berek Birri™️


