8 Jan 2026
Lawatan Delegasi Mardi Negeri Sembilan & Pasukan Peserta SEEd.Lab MY
Lawatan Delegasi Mardi Negeri Sembilan & Pasukan Peserta SEEd.Lab MY
Alhamdulillah, Berek Birri™️| Argrow Farm telah menerima lawatan rasmi delegasi MARDI Negeri Sembilan bagi tujuan penilaian dan pemilihan Usahawan Bimbingan MARDI, serta lawatan dan kajian lapangan oleh pasukan Program Seed.Lab.
Lawatan ini menjadi ruang yang amat bermakna untuk kami berkongsi secara berfakta dan telus tentang realiti operasi penternakan di lapangan — merangkumi pendekatan pengurusan, struktur sistem, cabaran sebenar industri serta kaedah yang sedang dan telah kami laksanakan.
#Kami sedar sepenuhnya bahawa usaha ini masih berada dalam proses pematangan. Belum berjaya, dan pastinya belum sempurna. Namun kami komited untuk terus memperbaiki sistem, meningkatkan disiplin operasi dan membina keupayaan jangka panjang.
Bagi pihak kami, penternakan bukan sekadar aktiviti ekonomi, tetapi satu tanggungjawab strategik. Setiap inisiatif yang digerakkan adalah sebahagian daripada usaha menyumbang kepada Keterjaminan Makanan Negara, melalui pendekatan yang berstruktur, berintegriti dan boleh diskalakan.
Lebih penting, lawatan ini turut membuka ruang hubungan strategik dan wacana industri antara agensi pembangunan, pemain industri dan bakal peserta ekosistem. Kami percaya kemajuan sektor agro hanya dapat dicapai melalui kolaborasi berterusan, saling memahami peranan, serta kesediaan untuk bergerak seiring ke arah matlamat yang sama.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada MARDI Negeri Sembilan dan pasukan Program Seed.Lab atas lawatan, penilaian serta pandangan yang amat bernilai. Kepercayaan dan keterbukaan ini menjadi pemangkin untuk kami terus memperkemaskan peranan sebagai pemain industri yang bertanggungjawab.
InshaAllah, usaha ini akan diteruskan dengan disiplin, kesungguhan dan kejelasan misi.
Jom belajar menternak.
Komandan Birri™️
Berek Birri™️
#KEMUDIE25 #VeteranBangkit #PVTLDM #AfdalRezeki #KomandanBirri #VeteranUsahawan #AgropreneurVeteran #EkonomiMandiri #BentengMakananNegara #BirriYani #ArgrowFood #BerekBirri #FoodSecurityIsNationalSecurity


