20 Dis 2025

Penyertaan Pertama Berek Birri™️di NS Fest

Berakhir sudah perjuangan kami di NS Fest.

Penyertaan pertama, namun alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan. Satu pengalaman yang sangat bermakna buat kami di Berek Birri™️ | Argrow Farm.

NS Fest membuka ruang untuk kami mengetengahkan produk dan perkhidmatan hiliran, berkongsi cerita di sebalik usaha penternakan, serta berukhwah dan bertukar pandangan bersama rakan-rakan penternak dan usahawan. Lebih dari sekadar pameran, ia menjadi medan meneroka ruang dan peluang baharu dalam perniagaan serta membina jaringan yang lebih kukuh.


Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan, khususnya

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan,

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan "Official",

RISDA Daerah Negeri Sembilan Barat,

MARDI,

Persatuan Veteran TLDM

serta seluruh usahawan hebat Negeri Sembilan atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang diberikan.


Semoga hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan.

Moga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada sumbangan besar ke arah keterjaminan dan kedaulatan makanan negara.


InsyaAllah, kita jumpa lagi di medan seterusnya.

Terima kasih dan salam hormat.

Jom belajar menternak.

#makanankitatanggungjawabkita


Komandan Birri™️

Berek Birri™️

#KEMUDIE25 #VeteranBangkit #PVTLDM #AfdalRezeki #KomandanBirri #VeteranUsahawan #AgropreneurVeteran #EkonomiMandiri #BentengMakananNegara

#BirriYani #ArgrowFood #BerekBirri #FoodSecurityIsNationalSecurity

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.