16 Jan 2026
Perkongsian Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) bersama Astrto AWANI
Hari ini Berek Birri™️ by Argrow Farm, jenama dibawah Afdal Rezeki Sdn Bhd diberi ruang dan kepercayaan oleh Astro AWANI untuk berkongsi realiti sebenar membangunkan penternakan moden Bumiputera di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Bukan untuk mencari publisiti — tetapi untuk menyatakan pendirian. Bahawa ekonomi Bumiputera tidak boleh dibina dengan simpati, dan keterjaminan makanan negara tidak boleh diserahkan kepada kebetulan.
Melalui (PuTERA35) dan sokongan strategik TERAJU, Kerajaan membuka ruang kepada usahawan Bumiputera untuk menyertai, memiliki dan menguasai (3P) sektor-sektor kritikal negara.
Tanggungjawab seterusnya terletak pada kita — untuk membina keupayaan sebenar, sistem yang berfungsi dan kepimpinan yang berdisiplin serta dapat diwarisi.
Di Berek Birri™️, kami tidak menjual mimpi.
Kami membina sistem penternakan berstruktur, melatih manusia, mengurus risiko dan memegang amanah "Makanan Kita,Tanggungjawab Kita' dengan penuh tanggungjawab.
Rakaman hari ini adalah cerminan perjalanan sebenar — dari cabaran di peringkat ladang, ke pembinaan rantaian nilai, dan usaha berterusan memastikan usahawan Bumiputera bukan sekadar berada dalam industri, tetapi memimpin industri.
Perjuangan ini panjang.
Na



mun arah kami jelas.
Nantikan siaran penuh di Astro AWANI.
Ini bukan penamat. Ini penegasan.
Jom belajar menternak.
Komandan Birri™️
Berek Birri™️
#KEMUDIE25 #VeteranBangkit #PVTLDM #AfdalRezeki #KomandanBirri #VeteranUsahawan #AgropreneurVeteran #EkonomiMandiri #BentengMakananNegara
#BirriYani #ArgrowFood #BerekBirri #FoodSecurityIsNationalSecurity #PuTERA35


