7 Jan 2026

Progress Berek Birri™️by Argrow Farm| Ke Arah Ladang Bebas Penyakit

Progress Berek Birri™️by Argrow Farm| Ke Arah Ladang Bebas Penyakit

Sikit update dari ladang!

Tahun ini, Berek Birri™️ ambil satu langkah penting dalam perjalanan kami — usaha ke arah Ladang Bebas Penyakit yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Apa maksudnya secara ringkas?

Mudah cerita, ladang bebas penyakit ni ialah ladang yang:

– kesihatan ternakan dipantau secara berkala

– biosekuriti dijaga betul-betul

– penyakit berisiko tinggi dikawal dari awal

– rekod ternakan jelas dan telus

Kalau ada ternakan yang dikesan sakit berbahaya?

Tak boleh simpan, tak boleh tangguh.

Kena lupuskan terus.

Memang ada risiko rugi.

Dan ya, bukan semua sanggup ambil jalan ni.

Tapi bagi kami, penternakan hari ni bukan soal bela banyak-banyak.

Soalnya bela dengan betul, selamat dan bertanggungjawab.

Bila ladang dijaga dengan standard yang baik:

  • nilai ternakan naik

  • keyakinan pembeli lebih kuat

  • risiko wabak boleh dikawal

  • kualiti produk akhir jadi lebih terjamin

Sasaran kami tahun ini jelas —

kami nak tingkatkan nilai dan kualiti ternakan, perkhidmatan dan produk Berek Birri™️ secara keseluruhan.

Dan semuanya bermula dari asas kami,

iaitu penternakan itu sendiri.

Pelan-pelan, kita buat betul-betul.

Tak laju, tapi berprinsip.

Bermula dari kandang.

Jom belajar menternak.

#makanankitatanggungjawabkita

Komandan Birri™️

Berek Birri™️

#BerekBirri #UpdateLadang #PenternakanBerdisiplin #MakananKitaTanggungjawabKita

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.