25 Apr 2025

SERVICE BEFORE SELF – KOMANDAN BIRRI

SERVICE BEFORE SELF – KOMANDAN BIRRI Argrow Farm

15 tahun aku hidup dalam laluan yang tak pernah lapang. Samudera dan Angkasaraya pernah jadi rumah kedua. Dalam tempoh tu, satu perkara aku belajar — diri sendiri sentiasa nombor terakhir. Apa pun tindakan, apa pun keputusan, mesti utamakan negara, perkhidmatan dan rakyat. Aku tak tahu sejak bila aku lupakan diri sendiri. Tapi aku tahu, dalam dunia tentera, itu satu kemestian. Dan aku pikul prinsip tu bukan sebab terpaksa… tapi sebab aku percaya — itulah jalan seorang pejuang.

Bila aku tinggalkan dunia ketenteraan, aku sangka nilai tu akan tertinggal sekali. Rupanya tak.
Dia ikut aku… dalam cara aku fikir, cara aku bertindak.
Aku bawa semangat tu masuk ke dunia awam.
Dunia baru, laluan berbeza, tapi perjuangan tetap sama.

Kenapa Berek Birri? Kenapa Berek Lombu?

Ramai tanya aku.
“Kenapa susah-susah nak buat ladang? Nak bela lembu? Nak buat inovasi dan cara baru dalam penternakan?
Kenapa tak ikut je cara orang lain buat? Import je. Beli luar, jual sini. Lagi cepat, lagi untung, tak payah pening kepala.”

Jawapan aku senang:
Sampai bila kita nak terus bergantung pada orang luar untuk isi perut rakyat kita sendiri?
Daging apa yang masuk? Siapa sembelih? Halal ke tidak? Bersih ke tidak? Kualitinya untuk manusia atau mahkluk lainnya?
Mungkin kita pejam mata sebab murah. Tapi harga sebenar dia kita bayar dengan maruah.

Semangat patriotik tu mungkin masih menebal dalam diri aku.
Atau mungkin kesedaran aku masih hidup — bahawa satu hari nanti, kalau kita tak mula berdikari, kita akan kekal dijajah.
Bukan dengan meriam. Tapi dengan makanan. Dengan lapar.
Dan aku tak sanggup tengok anak-anak bangsa makan dari tangan yang kita tak kenal.

Ternakan ni tak ada masa depan? Aku akan ubah persepsi tu.

Masa aku mula masuk dunia ternakan, baru aku sedar —
potensi bidang ni sangat besar.

Daripada rumput atas tanah, jadi makanan lembu.
Lembu tu jadi daging. Daging tu masuk dapur jadi makanan kita.
Tapi bukan setakat tu je — dari baja, tanah, susu, produk hiliran, sampai logistik dan branding — semua tu ada nilai.

Orang sibuk kejar emas, tak salah. Tapi jangan lupa makanan tu sendiri adalah kekayaan.
Apa guna ada emas bertong-tong kalau rakyat takde makanan atas meja?
Apa guna jadi negara maju kalau perut pun kita tak mampu urus sendiri?

“Ternakan ni tak glamor, Komandan…”

Takpe.
Aku akan usaha jadikan dia lebih indah.
Kalau orang nampak tak untung, aku akan buktikan — setiap peluh ada hasil.
Kalau orang kata takde masa depan, aku akan buktikan — dunia ternakan adalah tanah harapan.

Dan aku tahu… ini bukan kerja sehari dua.
Maka aku tekad — selagi hidup, selagi bernyawa, aku akan teruskan.
Dan aku akan pastikan perjuangan ini tak mati.
Generasi akan datang mesti ada asas yang kuat untuk sambung jalan ini.

“Tak penat ke kau buat semua benda?”

Penat. Aku pun manusia.
Tapi dari dulu, siapa yang percaya?
Seorang jurumalim laut dan udara tiba-tiba nak kembali berbakti kepada tanah?
Aku pun pernah tak percaya kat diri sendiri. Tapi aku langgar juga ketakutan tu.

Aku buka jalan. Aku redah hutan. Aku cipta laluan. Sorang-sorang. Senyap. Yang aku tonjolkan adalah sedikit perkembangan. Tapi aku yakin — kalau ada keberanian, pasti akan ada yang ikut.

Dan bila ruang dah terbuka, aku ajak teman. Dari seorang, kini berlima.
Jalan ini tak sunyi lagi. Tapi tetap tak mudah.

“Kau je ke depan, Komandan?”

Ya. Sebab itu tanggungjawab ketua.
Konten, jualan, iklan, semua aku kena buat dulu.
Sebab kalau jatuh, aku yang tanggung dulu. Kalau gagal, aku rasa dulu.
Bila orang dah yakin, baru aku boleh duduk belakang, tengok anak-anak buah naik ke depan.

Aku tak pernah buat semua ni untuk nampak hebat. Tapi sebab seseorang kena jadi lilin dulu.

Sepanjang jalan ni, tak semuanya manis.

Ada yang tikam belakang. Ada yang tumpang nama. Ada yang cuma datang masa senang.
Tapi aku tak marah.
Sebab aku tahu perjuangan yang benar tak akan sunyi dari ujian.

Setiap kali aku jatuh, aku kutip balik semangat.
Aku pandang langit, aku ingat semula — aku bukan buat ni untuk aku. Tapi untuk tanah ni. Untuk orang yang aku sayang. Untuk mereka yang akan datang selepas aku.

InshaAllah…
Kalau perjuangan ni Allah redha,
Kalau niat aku betul,
Kalau setiap peluh dan penat ni adalah sedekah kepada ummah…

Aku doakan,
biarlah ia jadi asbab aku dipanggil ke syurga.

Jom belajar menternak.
#makanankitatanggungjawabkita

Komandan Birri

™️


Berek Birri

™️



🇲🇾🫡🐂🐏



#KomandanBirri
#ServiceBeforeSelf
#BerekBirri
#BerekLombu
#DariBarakKeLadang
#TanahUntukRakyat
#PerutUntukBangsa
#PenternakanAdalahPerjuanga

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.