16 Apr 2025
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan
Salam hormat dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Khairul Imran, Ahli Lembaga Pengarah Al-Ikhsan Group atas kesudian meluangkan masa yang sangat berharga untuk mendengar pembentangan pitch deck Argrow.
Kesudian Tuan bukan sekadar satu penghormatan buat kami, malah membuka ruang besar untuk kami melihat potensi dan hala tuju syarikat dengan lebih jelas. Segala cadangan, pandangn dan nasihat yang Tuan berikan amat kami hargai dan akan dijadikan panduan dalam memacu Argrow ke tahap yang lebih tinggi.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan – ianya sangat bermakna dalam perjalanan kami membawa legasi “Makanan Kita, Tanggungjawab Kita.”