11 Feb 2025

Ucapan Komandan Birri - Rehlah Tadabbur Alam dan Glamping!

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Berek Birri sekali lagi berjaya menganjurkan program yang penuh ilmu dan pengalaman, kali ini bersama Al Baghdadi Centre Ampangan.
Berek Birri bukan sekadar kandang untuk ternakan membiak, tetapi juga ladang ilmu di mana minat disemai, pengetahuan bercambah, dan pengalaman sebenar sebagai penternak dapat dirasai. Anak-anak kecil hari ini adalah pelapis masa depan, dan kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka dalam mengenali dunia penternakan dan kepentingan kemandirian makanan negara.

Terima kasih kepada semua tenaga pengajar, ibu bapa, dan anak-anak yang hadir. Semoga pengalaman ini menyemai rasa cinta terhadap alam dan tanggungjawab terhadap rezeki yang halal lagi berkat. Insya-Allah, kita akan teruskan usaha ini demi masa depan industri penternakan yang lebih gemilang!

Jom belajar menternak.
#makanankitatanggungjawabkita

Komandan Birri

™️

Argrow Farm

#BerekBirri #LegasiPenternakan #IlmuUntukGenerasi #MakananKitaTanggungjawabKita #PenternakMuda

See less

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.