12 Mac 2026

Usahawan Bimbingan Veterinar.


Alhamdulillah.


Terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan atas kepercayaan memilih saya sebagai Usahawan Bimbingan Veterinar.


Rasa tidak layak, namun rezeki ini disyukuri.

Hakikatnya perjalanan ini bermula tanpa latar belakang penternakan.

Jauh sekali dari dunia perniagaan.


Dahulu saya hanya seorang pegawai pertengahan dalam tentera —

dilatih untuk menerima arahan, menyusun pasukan, dan memastikan misi dilaksana walaupun sering kali tidak sempurna.


Hari ini medan berbeza.

Namun prinsipnya masih sama.


Di satu sisi adalah pelanggan atau rakan perniagaan yang memberi amanah.

Di satu sisi lagi adalah pasukan yang bekerja melaksanakan tanggungjawab.


Dan kita berdiri di tengah.


Menyerap tekanan.

Menyusun semula keadaan.

Dan terus memastikan perjalanan ini bergerak ke hadapan.


Kadang keputusan tidak sempurna.

Kadang langkah tersilap.


Namun setiap tekanan sebenarnya adalah latihan kehidupan.


Kerana benar,


“Pressure is not a burden.

It is a privilege given only to those entrusted with responsibility.”


Bimbingan seperti ini bukan sekadar pengiktirafan.

Ia adalah amanah untuk terus belajar, memperbaiki dan membina sesuatu yang lebih besar daripada diri kita sendiri.


InsyaAllah kami akan terus berusaha.


Perlahan.

Tenang.

Tetapi dengan arah yang jelas.


Dari ladang kecil kami —

untuk masa depan keselamatan makanan negara.


Jom belajar menternak.

#makanankitatanggungjawabkita


Komandan Birri

Berek Birri

#ArgrowFarm

#BerekBirri

#BangsaPenternak

#FoodSecurityIsNationalSecurity

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.

Argrow Farm terus komited untuk menyediakan ​perkhidmatan berkualiti tinggi serta memenuhi piawaian ​kebersihan dan keselamatan yang ketat.